Skip to main content

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata.

Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye.

Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu.
Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear..

Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi
Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti.


Image result for pap smear


APA ITU PAP SMEAR?


Pap smear (juga dikenali sebagai ujian Pap) adalah prosedur pemeriksaan untuk mengenalpasti risiko kanser pangkal rahim. Ia menguji kehadiran sel-sel kanser atau pra-kanser pada bukaan serviks. Ia mendapat nama ini sempena nama seorang doktor – Georgios Papanikolaou (Pap), yang menetapkan bahawa ini adalah satu cara yang sangat berguna untuk mengesan tanda-tanda kanser pangkal rahim.

Ingat lagi masa cik azza bertanya kepada klinik Boleh ke buat Pap Smear?Nurse akan terang dulu sebelum itu tau apa itu Pap Smear Bla..bla..bla..bla..
Dan nurse akan bagi tau kalau nak buat Ujian nie Kita tak boleh:-

1. Melakukan seks
2. Menyembur kawasan vagina
3. Menggunakan tampon
4. Menggunakan krim vagina

Lepas bagi semua penerangan nie apa lagi ambil la tarikh,cik azza senang ambil sekali date masa check up atau time imunisasi untuk anak,buat sekali terus tak payah nak ambil cuti banyak kali.



BAGAIMANA PAP SMEAR DILAKUKAN?

1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.
Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.

Memang tak sakit ikhlas cik azza cakap,sakit lagi tahan contraction bersalin tau.
Lagi satu cik azza pesan elok la kalau korang buat dekat klinik yang korang dah biasa pergi.Cik azza buat dekat klinik kerajaan je lah..Klinik masa check up mengandung ,senang dah kenal semua nurse..Lagipun yang buat tu Nurse senang kan perempuan, tapi bukan semua nurse boleh buat ada la prosedur diorang.


BERAPA LAMA KEPUTUSAN KELUAR?

Lepas je buat semua pemeriksaan Nurse akan beritahu keputusan keluar dalam seminggu,Kalau ada masalah selepas result keluar diorang akan telefon dan kalau tak ada masalah diorg tak akan telefon.

Tetapi cik azza ada je cakap kalau ada masalah atau tidak boleh tak telefon saya.So diorang akan record la semua tu.Alhamdulilah dalam masa lebih kurang seminggu dapat col dan keputusan semua baik..Alhamdulilah.
Tunggu next year punya Pap Smear pulak.


PENTINGNYA PAP SMEAR KEPADA WANITA ??
Dari ujian Pap Smear yang dijalankan, doktor dapat mengesan polip dan jangkitan yang dipelorehi dari sel servik. Pengesanan awal ini dapat membantu mengesan sel-sel yang berpotensi membentuk kanser dan membuat rawatan awal bagi menghalang sel kanser dari merebak serta peluang untuk sembuh adalah cerah.
Wanita yang tidak pernah menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser servik kerana kajian telah menunjukkan bahawa ujian Pap Smear boleh mengesan dan mencegah terjadinya kanser. Kebanyakkan wanita Malaysia sukar untuk menjalankan ujian ini atas dasar faktor MALU dan inilah yang menjadi penyumbang kepada penyakit kanser yang kebiasaaanya berada pada tahap 3 atau 4.
Sebab itu pentingnya ujian Pap Smear ini dilakukan oleh para wanita di Malaysia.. Cegah sebelum ia terjadi dan merebak.
Bertindak segera!..
Peringatan Buat Semua Wanita !!!
Dah habis dah jika ada terkurang apa2 boleh komen jangan kecam cik azza pulak.hehehehe.
=================================================
=================================================
HUBUNGI CIK AZZA JIKA ADA MASALAH BERKAITAN KEPUTIHAN ATAU KEWANITAAN
ATAU BAGI MENGELAK KANSER UNTUK WANITA,
Cik azza (Pengedar Sah Shaklee seluruh Malaysia)
01132045363.

Comments

  1. Ujian yang hanya beberapa minit mungkin dapat mengelak menanggung keseksaraan hidup

    ReplyDelete
  2. Anda mengalami masalah keputihan?
    01132045363.

    ReplyDelete
  3. sengugut teruk tiap kali datang Haid,
    Haid dan hormon tidak stabil
    Masalah kesuburan
    Kita ikhtiar dia tentukan.

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

TANDA BATU MERIYAN JATUH-CIK AZZA POT PET.

Batu meriyan????apa tu?cik azza nak cerita lebih-lebih pun cik azza bukan pandai sangat pasal batu-batu nie,tapi apa yang cik azza selalu dengar benda nie ibarat nyawa untuk seorang wanita terutama wanita yang baru sahaja melahirkan anak,tak kisah lah anak keberapa sekali pun.cik azza boleh cakap macam  "tempat peranakan kita aka pintu rahim atau nama omputehnya G-spot"... entah lah..  Tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan...dan  kena ambil tahu kalau sayangkan diri kita..orang tua2 selalu cakap "kena jaga tem pat tu nanti laki lari"ambil kau dengar je laki lari alamak macam bahaya je nie...haaaaaaa cakap la kalau sayang,setia, dia sanggup terima seadanya,tapi kita kena la beringat juga sebab sayangkan dia la kita kena jaga diri kita sendiri untuk orang tersayang,untuk anak-anak. Pengalaman cik azza sendiri melahirkan anak sulung memang tak tahu apa2 pun,selepas melahirkan cik azza kena jaga nifail sebulan dekat ho

SKILL SEKS UNTUK CEPAT DAN MUDAH HAMIL - CIK AZZA POT PET

Assalamualaikum.. Hari ini cik azza nak berkongsi pengalaman untuk mudah hamil (Insyallah jika di izinkan) ,Bukan mudah untuk kita sebagai wanita hamil dengan cepat dan kadang-kadang akan boleh mengakibatkan kita stress bila asyik diaju soalan yang sama je setiap masa..Betol dak?? Bila balik kampung je orang yang menyibuk mula bertanya "hai tak mengandung lagi ke" Merancang jangan lama-lama sangat" Semua ini akan menyebabkan kita mengalami tekanan perasaan. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perl u dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat. TIPS UNTUK MUDAH HAMIL (INSYALLAH JIKA DIIZINKAN ALLAH) 1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:- Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetah

GOLDENHAR syndrome?apa itu goldenhar syndrome?TANDA-TANDANYA?

Cik azza pernah berkongsi mengenai sindrom golden Har sebelum ini namun masih ramai yang memandang serong dan menganggap anak seperti ini tidak harus dipandang serius,masih ramai diluar sana tidak mengambil peduli apakah itu sindrom Golden Har. Dan perkongsian cik azza hanya untuk bercerita pengalaman dan bukanya meraih simpati. Pada sesiapa yang pernah membaca entry cik azza sebelum ini,cik azza  mempunyai seorang anak yang menghidap Sindrom Golden Har dan sekarang tahun 2018 telah berusia 6 tahun alhamdulilah sudah bersekolah dan tahun depan akan melangkah kepada dunia baru,persekolahan yang lebih mencabar. Dia membesar seperti anak normal seperti anak yang sebaya dengannya,mempunyai IQ yang normal tidak terlalu bijak dan tidak juga terlalu rendah rendah IQ nya.Cuma di sini yang membezakan Nifail(anak cik azza) dengan kanak-kanak lain adalah dari segi fizikal ataupun struktur muka,telinga,mata dan paling ketara adalah percakapanya. Mungkin di MALAYSIA tidak ramai yg tahu ap

WASPADA BAHAYA DARAH TINGGI SELEPAS BERSALIN.

Ibu mengandung selalu ambil berat bahaya darah tinggi sebelum bersalin. Selepas bersalin mereka jarang untuk selalu periksa tekanan darah kerana beranggapan tekanan darah selepas bersalin pasti akan normal. Dulu darah tinggi kerana mengandung sahaja. Selepas bersalin , kita digalakkan untuk berpantang dan tempoh berpantang kita juga kena pastikan kita makan makanan berkhasiat, berzat untuk pastikan tekanan darah kita stabil. Bahaya Darah Tinggi Selepas Bersalin Ini mungkin kesan sampingan suntikan epidural atau anestesia spina, dan anda mungkin mengalami sakit kepala yang teruk bila anda duduk atau berdiri. Dalam 72 jam pertama selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga mungkin tanda pra-eklampsia, bersama dengan penglihatan kabur dan/atau berasa loya. Tekanan darah tinggi Tekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas bersalin. Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda anda mengalami pra-eklampsia dan berisiko me

9 Tanda Rahim Anda Tidak Sihat,Anda Bagaimana?

Zaman semakin canggih seiring dengan permodenan dunia,Semuanya kelihatan mudah dan dipantang remeh begitu juga dalam isu yang sering wanita alami namun semakin tidak dipedulikan. Kaum wanita jangan sesekali memandang remeh terhadap penjagaan rahim anda,jangan hanya menitik beratkan penjagaan luaran,muka yang berkilat,kulit yang lembut namun lupa mengenai dalaman yang sejak dari nenek moyang kita dititik beratkan. Hari ini cik azza hendak berkongsi Tanda-tanda Rahim Tidak Sihat dan ini juga perkongsian daripada salah seorang pengusaha jamu dan semoga info ini dapat kita kongsi bersama-sama dengan wanita-wanita diluar sana. 9 Tanda-tanda Rahim Tidak Sihat. Sakit Tumit Kaki  ➠➠Tumit kaki terasa berdenyut-denyut dan menyucuk secara tiba-tiba,dan keadaan ini akan lebih teruk ketika berjalan,berdiri atau angkat benda berat dan terasa beban dibahagian perut. Sakit Telapak Kaki  ➠➠Rasa sengal-sengal dan bisa ditelapak kaki .Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki Saki

KENAPA MATA SEMBAP?HILANGKAN MATA SEMBAB DALAM 7 HARI.

Penyebab mata sembab atau bengkak ketika bangun hari ini ada kaitan dengan kesihatan badan kita. 1. PENGAMBILAN GARAM YANG BERLEBIHAN Kebanyakan pengambilan garam boleh menyebabkan edema atau pembengkakan di dalam badan. Jika badan kelebihan garam dan kekurangan cairan, maka badan akan mempertahankan diri supaya terhindar dari dehidrasi. Akibatnya mata jadi sembab. Makanan berpengawet dan makanan segera biasanya mengandungi sodium atau geram yang tinggi. Jika kita menyedari pengambilan garam kita agak berlebihan, cuba imbanginya dengan memperbanyakkan minum air masak. 2. PENGAMBILAN KARBOHIDRAT YANG BANYAK Sekiranya bangun tidur mata sembab, cuba ingatkan kembali apakah sebelum ini kita banyak mengambil makanan berkarbohidrat? Makanan dengan kandungan karbohidrat yang tinggi boleh menyebabkan tindak balas insulin dan retensi sodium berlebihanan. Semakin banyak sodium yang ada dalam badan, semakin banyak pula pengumpulan cairan di dalamnya. 3. KEKURANGAN PROTEIN Ba

DOKTOR TIDAK DAPAT KESAN PENYAKIT ANAK DAN HANYA BEKALKAN PARACETAMOL AKIBATNYA.

TESTIMONI 18: SAADIAH ARBAIN . [ANAK SAYA SEMBUH DARI KANSER PERINGKAT 4 SETELAH AMALKAN VIVIX] . Ini kisah anak saya. Anak saya disahkan mengidap kanser Hodgkins Lymphoma stage 4 pada usia 10 tahun. Beliau telah sembuh sepenuhnya setelah mengambil Vivix Shaklee. . Pada usia 10 tahun anak saya selalu mengadu sakit belakang. Saya dan suami menyangkakan kemungkinan jatuh basikal atau jatuh masa bermain. . Sakitnya semakin kerap. Kami bawa ke klinik dan kadang-kadang ke hospital. Di hospital doktor check ala kadar dan bekalkan Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Biasa la bila makan ubat sakitnya reda. Lepas tu datang balik. . Doktor pun tak dapat detect penyakit ank saya. Sampai satu masa doktor amik darah bagi tujuan ujian dan dihantar ke makmal darah. . Doktor mengesahkan anak saya ada jangkitan kuman dalam darah. Anak saya menjalani operation kecil untuk mengambil sample di bahagian leher sebelah kiri. . Setelah beberapa hari dapat result, anak saya disuruh rujuk ke HKL. Sampai

AIR KENCING KOTOR SEMASA MENGANDUNG .RISIKONYA?

Pernah tak ibu-ibu merungut bila kena tunggu nak kencing tiap kali bila nak check up perut..Pernah kan?toilet busuk lah,tersumbat lah..tapi kita lalui je sebab fikir prosedur kan..agak-agak kenapa kita kena periksa air kencing? Pernah fikir?ke malas nak fikir? Azza percaya sangat-sangat kalau tanya ibu anak 10 pun belum tentu dia tahu bila tanya tentang "air kencing kotor" betul dak? Yang kita tahu doktor akan bagi ubat dan kita balik makan je,kadang-kadang tak makan pun siap bebel-bebel lagi ada la. Apa maksud "air kencing kotor" ada sampah ke? ada sisa makanan ke? azza pernah bersembang dengan seorang kakak nie,masa sama-sama jumpa dekat klinik dia cakap air kencing adik ok ke? Ok je azza bagi tau kenapa? terus tanya akak tu Air kencing kak kotor dia kata...Tapi azza tengok dia bukan mengandung pun. Rupanya dia tengah berpantang... aduh.. pengalaman akak terkena kencing kotor selepas berpantang.. memang menyakitkan. setiap kali

RESDUNG BOLEH MENYEBABKAN JANGKITAN OTAK DAN MEMBUNUH - CIK AZZA POT PET.

Ramai antara kita malu untuk mengaku bila kita kata dia ada resdung dan jerawat,bagi mereka semua itu adalah hormon..hormon..hormon... Antara simptom resdung ialah demam atau batuk yg berpanjangan walaupun sudah mengambil ubat, selesema / hidung berair, kahak, gatal rongga muka / mata / hidung / telinga, sukar bernafas, jerawat bernanah, nafas berbau busuk, kelemumur tebal berkuping, muka terasa berat sebelah, berdengkur kronik, jerawat batu bernanah ( 3% dari penghidap resdung yg akan dpt jerawat teruk ), memburukkan keadaan lelah, jangkitan nanah pada kawasan mata / telinga dan sakit tekak yg kronik. Antara individu yang berisiko menghidap resdung: Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para.  Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat rongga atau ruang ud

BETUL KE SENGUGUT PUNCA SUSAH MENGANDUNG.

50% dari wanita yang mengalami haid akan mengalami senggugut atau bahasa inggerisnya dikenali sebagai menstrual cramps atau period pain. Senggugut adalah istilah untuk sakit perut yang dialami oleh wanita semasa datang haid. BAGAIMANA SENGGUGUT TERJADI? Setelah telur yang dibebaskan oleh ovari tidak disenyawakan oleh sperma, telur tersebut akan dibuang oleh rahim. Semasa proses pembuangan telur ini, rahim akan mengecut dan seterusnya salur darah di sekitar rahim akan mengecut untuk membuang telur tersebut. Proses pengecutan ini yang membuatkan sesetengah wanita berasa sangat sakit sehingga ada yang terpaksa ambil cuti kerana tak tahan dengan sakit senggugut. BAGAIMANA HILANGKAN SENGUGUT?   Senggugut  bukan lagi perkara asing dalam kalangan wanita yang sudah akil baligh.Tetapi bukan semua wanita akan mengalami keadaan seperti ini. Senggugut  bukanlah satu penyakit tetapi hanyalah satu simptom ketika wanita itu datang bulan.Senggugut biasanya terjadi pada awal at