RAHSIA KEBATINAN SEORANG WANITA,NYAWA SEORANG WANITA.


Cik azza pasti ramai wanita zaman sekarang jarang mengambil tahu perihal semua ini,ada juga yang tak pernah dengar batu meriyan nie..Betol dak?
Sebabnya ada juga wanita selepas bersalin mengalaminya ada juga tidak cik azza sendiri pun tak pasti..Ye la dah tak tahu batu meriyan itu apa mana la nak tahu sakit macam mana kan..

Kalau tanya doktor pun diorang tak boleh bagi jawapan yang tepat ,pendapat cik azza hanya bidan yang yang betul-betul tahu sahaja boleh tahu apa itu batu meriyan dan juga cara mengangkatnya,bukan semua bidan boleh ye ingat tu..Kadang-kadang ramai juga dari spa mengaku boleh mengangkat batu meriyan,tapi bagi cik azza ngeri juga la sebabnya kalau salah tolak sakit kita sendiri tanggung menangis kau nanti ye..

Dekat mana kedudukan Batu Meriyan?
Kalau kita tengok betul-betul ia berada dihijung dasar lubang faraj wanita.Terdapat satu tempat dimana kedudukan Batu Meriyan ini tinggal iaitu kawasan berlubang kecil.





Sebab itu lah bagi wanita selepas melahirkan dinasihatkan mengurut ye supaya kedudukan Batu Meriyan kembali ketempat asal.

Agaknya pernah atau tidak kita semua tanya Batu Meriyan saya ok dak dekat bidan?Soalan nie bukan selalu cik azza tanya tapi mak cik azza..

Baru-baru ini selepas 6 bulan melahirkan cik azza balik kampung lagi untuk mengurut,bukan apa tak nak jadi macam sebelum nie memang sakit sangat-sangat,kalau ada pernah baca entry cik azza sebelum nie mesti tahu bagaimana cik azza derita sakit akibat jatuh batu meriyan 



BAHAYA KE KALAU TIDAK MASUK KEDUDUKAN ASAL?
Image result for batu meriyan wanita



Nak kata bahaya pun tak tau la tapi pernah dengar penyakit "GILA MEROYAN" sampai ada yang sanggup kelar anak dan sebagainya.

Antara tanda-tanda yang perlu anda kenal pasti adalah :

👉 badan akan terasa seram sejuk dan demam
👉 Badan akan terasa seperti terbang di awang-awangan
👉 Hati terasa sayu dan mahu menangis
👉 Terasa nak marah selalu
👉 Hilang pertimbangan sehingga rasa seperti mahu bunuh anak


Jangan ambil mudah hanya kerana kita dizaman moden,sebabnya Batu Meriyan kita tak moden tetap lama dan akan selamanya dengan kita ibarat nyawa kita sendiri.Jangan ambil mudah jika anda terasa sakit pinggang yang lain dari biasa sehinggakan hendak bongkokkan badan pun satu masalah berat.

Selain dari mengurut boleh juga mengamalkan suppliment  untuk menguatkan otot-otot rahim selepas bersalin. KLIK DISINI.

*PERHATIAN KEPADA YANG MENGALAMI KEJATUHAN RAHIM KRONIK SILA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR PAKAR DENGAN SEGERA.

Comments

Popular posts from this blog

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

TANDA BATU MERIYAN JATUH-CIK AZZA POT PET.

RAWAT DEMAM DENGGI-CIK AZZA POT PET.