Skip to main content

BAYI KERAP MENYUSU TETAPI TETAPI TIDAK JUGA KENYANG KENAPA? - CIK AZZA POT PET


ASSALAMUALAIKUM 
SAHABAT-SAHABAT MAYA..

Image result for kenapa bayi tidak kenyang minum susu ibu

"Ish anak aku nie asyik nak melekat je,orang kampung cakap nak "gonggong" je nak melekat je,dah 2 jam tak kan tak kenyang lagi kan"



Biasanya ibu yang baru bersalin dan sedang berpantang, baby terlalu kerap menyusu, asyik nak melekap saja..sepanjang masa! Sampaikan si ibu ni dah letih dan mula berfikir " susu aku ni tak cukup ke? " atau " baby tak cukup kenyang ke" .

Lebih kurang sama macam cik azza,walaupun anak dah masuk 2 orang tapi ini kali pertama cik azza menyusu badan sebabnya anak pertama cik azza tak susukan atas sebab tertentu ,macam-macam fikir terutama seminggu pertama,cahaya asyik nak melekat je,lenguh badan-badan nak rehat pun susah..orang datang melawat segan pun ada asyik menetek je..hahahaha.

Banyak persoalan seperti susu tidak keluar,tak ada rezeki baby,puting tenggelam susu tiada kerana bayi asyik menangis dan mahu menyusu sepanjang masa! Akhirnya, jalan pintas ialah bancuh SUSU FORMULA dan legaaa..barulah baby tidur lena kekenyangan.

Betul ke macam tu ?

Jom tengok jawapan dia..

1) Baby baru lahir memang macam tu, memang nak melekap sahaja dengan ibu, bukan sahaja untuk menyusu, tapi dia selesa dipeluk, kerana apa yang dia tahu hanya menangis dan menghisap. Sebab dulu dalam rahim kan sempit dan sunyi je, so dia baru nak belajar sesuaikan diri di alam dunia yang luas seluasnya ni..jadi menyusu dan berada di dada ibu memberi ketenangan pada bayi. Boleh rujuk posting saya tentang malam kedua bayi baru lahir.


2) Normal untuk bayi menyusu dengan kerap 8-12 kali sehari. Susu ibu ni lebih cepat hadam, saiz molekul susu ibu yang kecil dan halus memudahkan penyerapan kerana usus dan perut bayi yang belum matang, jadinya baby cepat lapar balik. Bayi sememangnya MENYUSU DENGAN KERAP kerana saiz perut bayi yang kecil dan susu ibu terhasil pula cukup-cukup saiz perut bayi itu. Malah, ketika ini, bayi baru lahir saiz perutnya sebesar guli, kapasiti 5-7 ml muat muat je dengan kolostrum yang terhasil pula 5-7ml juga dan bayi pula perlukan lebih kurang 25 minit untuk menghisap kolostrum sebanyak 1 sudu teh itu !!


3-Cara nak tau baby kenyang / susu ibu cukup ke tak? Tengok pada najis baby, kalau baby poo poo 5-6 hari sekali dan warnanya kekuningan terang tu, maksudnya baby memang dah cukup kenyang la tu.Juga tengok pada pertambahan berat. Kalau berat baby bertambah, oklah.


4-Juga, kenapa baby yang minum susu formula tidur lena? Sebab susu formula susah dihadam. Ini sebab usus baby masih belum matang dan penghadaman baby terpaksa "bekerja keras " untuk hadamkan susu formula tersebut.Atas sebab itu baby jadi letih dan tidur lama.

5-Selain itu pengambilan supliment juga penting untuk membekalkan tenaga kepada ibu,maklum la lepas bersalin kita akan kehilangan tenaga kan Penyusuan bayi merupakan suatu perjalanan yang sememangnya sukar dan memerlukan pengorbanan yang besar dari seorang ibu. Pilih pemakanan yang tinggi dengan protein,kalsium . dan serat bagi memastikan ibu sentiasa sihat dan bertenaga untuk menghasilkan susu yang pekat dan meriah.

TENGOK MACAM MANA IBU NIE BERTENAGA SERTA SUSU BANYAK.




SIHAT, BERTENAGA DAN SUSU BANYAK DENGAN SHAKLEE MEMENUHI IMPIAN SEMUA IBU BERPANTANG

.
Hai semua. Assalamualaikum!

Nadim nak share sikit pengalaman berpantang anak yang pertama ni dengan set berpantang Shaklee.


Sebenarnya set yang Nadim ada untuk berpantang ni adalah set vitamin yang memang Nadim dah makan sejak 3tahun lepas lagi.

Tapi sebab baru first time mengandung kan, so lagi konsisten la Nadim ambik setiap vitamin tu. Tak nak la pulak jadi apa-apa kat anak.

Lagi2 sejarah keturunan keluarga belah arwah mak Nadim memang banyak and hampir semuanya GDM masa mengandung yang terus lekat diebetes sampai akhir hayat dan keguguran banyak2 kali. And Nadim BEBAS GDM!

Masa berpantang Nadim ada vitamin B complex, zinc complex, vitalea, oste, vitamin C dan Omega guard. Tambah 1 lagi vivix yang memang Nadim beli khas untuk berpantang. Masa ni belum lagi minda terbukak untuk minum ESP yang super famous tu.

Alhamdulillah berkat konsisten makan setiap hari vitamin2 ni, hasilnya luka Nadim cepat baik. Cepat bercantum elok cumanya benang jahitan tu je lah rasa tak selesa.

Daripada dalam ward lepas bersalin lagi Nadim dah ada susu yang warnanya sangat kuning dan pekat. Zayyad dah menyusu daripada minit-minti pertama dia lahir lagi dan masa tu dia sangat bersih walaupon belum dimandikan. Menjadi ibu kepada anak yang pertama ni jadi igauan ramai ibu2. TAKUT TAKDE SUSU!

Tapi alhamdulillah, sejak daripada awal lagi memang dah follow bab penyusuan susu ibu. Segala ilmu dah dikorek dan hanya tinggal apply je. Dan alhamdulillah juga, berkat kerajinan dapatla 2 tong nasi besar bawak balik EBM frozen stock selepas 2bulan berpantang kat kampung. Zayyad takde jaundis yer walaupon Nadim darah O.

Nadim berpantang dengan inlaw yang mana tak bagi makan buah pon masa pantang. Bayangkan nutrisi apa je yang ada. Karbohidrat dari nasi dan protein dari ikan, dan sayur yang dah dibuat tumis air. Sayur kompem takde nutrisi sebab dah layu gila lepas dimasak.
Kurang nutrisi menyebabkan luka lambat sembuh dan ibu kekurangan tenaga!

Tapi semua berjalan lancar. Sepanjang berpantang, semua orang cakap macam tak pantang pon. Bertenaga! Mandikan anak sendiri, mandi sendiri,drive sendiri ke klinik untuk checkup sebulan, makan memang la sendiri. Hihi.

Muka Nadim pon tak pucat. Rambut masa tu pon tak gugur. Darah nifas sangat lancar. Kalau darah yang tak lancar ni bahaya yang boleh sebabkan ibu rasa sakit gila dalam perut macam nak bersalin lagi!

Owh lupa! Lepas 2minggu berat dah kembali 55kg dan habis pantang berat dah 54kg!

.
Tu lah pengalaman nadim dengan set berpantang shaklee. Sembelit pon takde bila konsisten makan ostematriks. Jangan tak taw, sembelit adalah salah satu mimpi ngeri yang amat bagi ibu berpantang.

Yang bestnya, set tu lah daripada dulu 3 tahun lepas hingga lah sekarang menyusukan anak yang dah berumur 10bulan. Stretchmark Nadim yang macam harimau belang dah hilang masa Zayyad umur 6-7 bulan lagi!

Vitamin Shaklee memang awesome! InsyaAllah takkan cari set lain dah untuk seterusnya pon!

Cadangan Nadim, kalau korang takut nak makan jamu2 yang akan menyebabkan anak terkena jaundis dan dalam masa yang sama nak kembali sihat, langsing dan bertenaga serta susu banyak, Shaklee PILIHAN PERTAMA!




BAGAIMANA NAK DAPATKAN SET MENYUSU HEBAT INI?

JAWAPAN ADA DIBAWAH INI YA..

CARA ORDER SET MEYUSU SHAKLEE


Cara 1 - Anda boleh terus order DISINI dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan


Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Bukit Mertajam, Bandar Perda, Seberang Perai, Bukit Minyak,KPJ Hospital Penang .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seberang Perai,Bandar Perda, Bukit Mertajam,Bukit Mertajam.


Cik azza
ID:-1217675
Email: azl1za@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: 01132045363

01132045363





Comments

POPULAR POST

TANDA BATU MERIYAN JATUH-CIK AZZA POT PET.

Batu meriyan????apa tu?cik azza nak cerita lebih-lebih pun cik azza bukan pandai sangat pasal batu-batu nie,tapi apa yang cik azza selalu dengar benda nie ibarat nyawa untuk seorang wanita terutama wanita yang baru sahaja melahirkan anak,tak kisah lah anak keberapa sekali pun.cik azza boleh cakap macam  "tempat peranakan kita aka pintu rahim atau nama omputehnya G-spot"... entah lah..  Tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan...dan  kena ambil tahu kalau sayangkan diri kita..orang tua2 selalu cakap "kena jaga tem pat tu nanti laki lari"ambil kau dengar je laki lari alamak macam bahaya je nie...haaaaaaa cakap la kalau sayang,setia, dia sanggup terima seadanya,tapi kita kena la beringat juga sebab sayangkan dia la kita kena jaga diri kita sendiri untuk orang tersayang,untuk anak-anak. Pengalaman cik azza sendiri melahirkan anak sulung memang tak tahu apa2 pun,selepas melahirkan cik azza kena jaga nifail sebulan dekat ho

SKILL SEKS UNTUK CEPAT DAN MUDAH HAMIL - CIK AZZA POT PET

Assalamualaikum.. Hari ini cik azza nak berkongsi pengalaman untuk mudah hamil (Insyallah jika di izinkan) ,Bukan mudah untuk kita sebagai wanita hamil dengan cepat dan kadang-kadang akan boleh mengakibatkan kita stress bila asyik diaju soalan yang sama je setiap masa..Betol dak?? Bila balik kampung je orang yang menyibuk mula bertanya "hai tak mengandung lagi ke" Merancang jangan lama-lama sangat" Semua ini akan menyebabkan kita mengalami tekanan perasaan. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perl u dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat. TIPS UNTUK MUDAH HAMIL (INSYALLAH JIKA DIIZINKAN ALLAH) 1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:- Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetah

GOLDENHAR syndrome?apa itu goldenhar syndrome?TANDA-TANDANYA?

Cik azza pernah berkongsi mengenai sindrom golden Har sebelum ini namun masih ramai yang memandang serong dan menganggap anak seperti ini tidak harus dipandang serius,masih ramai diluar sana tidak mengambil peduli apakah itu sindrom Golden Har. Dan perkongsian cik azza hanya untuk bercerita pengalaman dan bukanya meraih simpati. Pada sesiapa yang pernah membaca entry cik azza sebelum ini,cik azza  mempunyai seorang anak yang menghidap Sindrom Golden Har dan sekarang tahun 2018 telah berusia 6 tahun alhamdulilah sudah bersekolah dan tahun depan akan melangkah kepada dunia baru,persekolahan yang lebih mencabar. Dia membesar seperti anak normal seperti anak yang sebaya dengannya,mempunyai IQ yang normal tidak terlalu bijak dan tidak juga terlalu rendah rendah IQ nya.Cuma di sini yang membezakan Nifail(anak cik azza) dengan kanak-kanak lain adalah dari segi fizikal ataupun struktur muka,telinga,mata dan paling ketara adalah percakapanya. Mungkin di MALAYSIA tidak ramai yg tahu ap

9 Tanda Rahim Anda Tidak Sihat,Anda Bagaimana?

Zaman semakin canggih seiring dengan permodenan dunia,Semuanya kelihatan mudah dan dipantang remeh begitu juga dalam isu yang sering wanita alami namun semakin tidak dipedulikan. Kaum wanita jangan sesekali memandang remeh terhadap penjagaan rahim anda,jangan hanya menitik beratkan penjagaan luaran,muka yang berkilat,kulit yang lembut namun lupa mengenai dalaman yang sejak dari nenek moyang kita dititik beratkan. Hari ini cik azza hendak berkongsi Tanda-tanda Rahim Tidak Sihat dan ini juga perkongsian daripada salah seorang pengusaha jamu dan semoga info ini dapat kita kongsi bersama-sama dengan wanita-wanita diluar sana. 9 Tanda-tanda Rahim Tidak Sihat. Sakit Tumit Kaki  ➠➠Tumit kaki terasa berdenyut-denyut dan menyucuk secara tiba-tiba,dan keadaan ini akan lebih teruk ketika berjalan,berdiri atau angkat benda berat dan terasa beban dibahagian perut. Sakit Telapak Kaki  ➠➠Rasa sengal-sengal dan bisa ditelapak kaki .Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki Saki

KENAPA MATA SEMBAP?HILANGKAN MATA SEMBAB DALAM 7 HARI.

Penyebab mata sembab atau bengkak ketika bangun hari ini ada kaitan dengan kesihatan badan kita. 1. PENGAMBILAN GARAM YANG BERLEBIHAN Kebanyakan pengambilan garam boleh menyebabkan edema atau pembengkakan di dalam badan. Jika badan kelebihan garam dan kekurangan cairan, maka badan akan mempertahankan diri supaya terhindar dari dehidrasi. Akibatnya mata jadi sembab. Makanan berpengawet dan makanan segera biasanya mengandungi sodium atau geram yang tinggi. Jika kita menyedari pengambilan garam kita agak berlebihan, cuba imbanginya dengan memperbanyakkan minum air masak. 2. PENGAMBILAN KARBOHIDRAT YANG BANYAK Sekiranya bangun tidur mata sembab, cuba ingatkan kembali apakah sebelum ini kita banyak mengambil makanan berkarbohidrat? Makanan dengan kandungan karbohidrat yang tinggi boleh menyebabkan tindak balas insulin dan retensi sodium berlebihanan. Semakin banyak sodium yang ada dalam badan, semakin banyak pula pengumpulan cairan di dalamnya. 3. KEKURANGAN PROTEIN Ba

AIR KENCING KOTOR SEMASA MENGANDUNG .RISIKONYA?

Pernah tak ibu-ibu merungut bila kena tunggu nak kencing tiap kali bila nak check up perut..Pernah kan?toilet busuk lah,tersumbat lah..tapi kita lalui je sebab fikir prosedur kan..agak-agak kenapa kita kena periksa air kencing? Pernah fikir?ke malas nak fikir? Azza percaya sangat-sangat kalau tanya ibu anak 10 pun belum tentu dia tahu bila tanya tentang "air kencing kotor" betul dak? Yang kita tahu doktor akan bagi ubat dan kita balik makan je,kadang-kadang tak makan pun siap bebel-bebel lagi ada la. Apa maksud "air kencing kotor" ada sampah ke? ada sisa makanan ke? azza pernah bersembang dengan seorang kakak nie,masa sama-sama jumpa dekat klinik dia cakap air kencing adik ok ke? Ok je azza bagi tau kenapa? terus tanya akak tu Air kencing kak kotor dia kata...Tapi azza tengok dia bukan mengandung pun. Rupanya dia tengah berpantang... aduh.. pengalaman akak terkena kencing kotor selepas berpantang.. memang menyakitkan. setiap kali

RESDUNG BOLEH MENYEBABKAN JANGKITAN OTAK DAN MEMBUNUH - CIK AZZA POT PET.

Ramai antara kita malu untuk mengaku bila kita kata dia ada resdung dan jerawat,bagi mereka semua itu adalah hormon..hormon..hormon... Antara simptom resdung ialah demam atau batuk yg berpanjangan walaupun sudah mengambil ubat, selesema / hidung berair, kahak, gatal rongga muka / mata / hidung / telinga, sukar bernafas, jerawat bernanah, nafas berbau busuk, kelemumur tebal berkuping, muka terasa berat sebelah, berdengkur kronik, jerawat batu bernanah ( 3% dari penghidap resdung yg akan dpt jerawat teruk ), memburukkan keadaan lelah, jangkitan nanah pada kawasan mata / telinga dan sakit tekak yg kronik. Antara individu yang berisiko menghidap resdung: Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para.  Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat rongga atau ruang ud

BETUL KE SENGUGUT PUNCA SUSAH MENGANDUNG.

50% dari wanita yang mengalami haid akan mengalami senggugut atau bahasa inggerisnya dikenali sebagai menstrual cramps atau period pain. Senggugut adalah istilah untuk sakit perut yang dialami oleh wanita semasa datang haid. BAGAIMANA SENGGUGUT TERJADI? Setelah telur yang dibebaskan oleh ovari tidak disenyawakan oleh sperma, telur tersebut akan dibuang oleh rahim. Semasa proses pembuangan telur ini, rahim akan mengecut dan seterusnya salur darah di sekitar rahim akan mengecut untuk membuang telur tersebut. Proses pengecutan ini yang membuatkan sesetengah wanita berasa sangat sakit sehingga ada yang terpaksa ambil cuti kerana tak tahan dengan sakit senggugut. BAGAIMANA HILANGKAN SENGUGUT?   Senggugut  bukan lagi perkara asing dalam kalangan wanita yang sudah akil baligh.Tetapi bukan semua wanita akan mengalami keadaan seperti ini. Senggugut  bukanlah satu penyakit tetapi hanyalah satu simptom ketika wanita itu datang bulan.Senggugut biasanya terjadi pada awal at

WASPADA BAHAYA DARAH TINGGI SELEPAS BERSALIN.

Ibu mengandung selalu ambil berat bahaya darah tinggi sebelum bersalin. Selepas bersalin mereka jarang untuk selalu periksa tekanan darah kerana beranggapan tekanan darah selepas bersalin pasti akan normal. Dulu darah tinggi kerana mengandung sahaja. Selepas bersalin , kita digalakkan untuk berpantang dan tempoh berpantang kita juga kena pastikan kita makan makanan berkhasiat, berzat untuk pastikan tekanan darah kita stabil. Bahaya Darah Tinggi Selepas Bersalin Ini mungkin kesan sampingan suntikan epidural atau anestesia spina, dan anda mungkin mengalami sakit kepala yang teruk bila anda duduk atau berdiri. Dalam 72 jam pertama selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga mungkin tanda pra-eklampsia, bersama dengan penglihatan kabur dan/atau berasa loya. Tekanan darah tinggi Tekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas bersalin. Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda anda mengalami pra-eklampsia dan berisiko me

ADAKAH PENCUCI DAN KRIM ANDA GUNA SELAMAT UNTUK BAYI ANDA - CIK AZZA POT PET.

ASSALAMUALAIKUM.. Sebut pasal kecantikan, wanita mana yang tidak mahu cantik dan mengidam nak cantik kan kalau boleh nak kulit licin je tak ada apa-apa masalah.Pada masa sekarang terdapat pelbagai produk kecantikan yang menjanjikan kesan pencerahan pantas pasti menjadi dambaan setiap wanita.Kesan dalam 3 hari,hilang jeragat dalam 3 saat.ish boleh fikirkan apa bahan yang digunakan sehingga cepat dalam berapa saat je jeragat hilang.. Namun begitu, semasa hamil mama tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan produk kecantikan tanpa mendapat nasihat daripada doktor. Pemilihan produk kecantikan yang sesuai dan selamat digunakan semasa hamil adalah penting. Ini adalah kerana semasa hamil, terdapat beberapa bahan kandungan dalam produk kecantikan yang boleh mendatangkan bahaya dan kesan buruk kepada ibu dan bayi dalam kandungan. APAKAH BAHAN KANDUNGAN DALAM PRODUK KECANTIKAN YANG BERBAHAYA SEMASA HAMIL? 1. Retinoid   Retinoid juga dikenali sebagai Vitamin A. Retinoid merupa