Skip to main content

BAHAYA URI BAWAH RAHIM - CIK AZZA POT PET.


ASSALAMUALAIKUM...

BAHAYA KE URI BAWAH RAHIM?

Pernah dengar kan bila kita mengandung atau kawan-kawan lain mengandung mereka ada juga akn bercerita "uri bawah rahim".

Sumber: Arkib Utusan Online



APA ITU URI?

Uri adalah organ yang terdapat didalam wanita hamil dan bertanggungjawab membawa oksigen nutrisi daripada ibu hamil kepada bayinya,kedudukan uri yang normal apabila ia berada ditengah atau dibahagian atas uri.Ini bermakna ia akan berada jauh dari kawasan bayi sepatutnya keluar dari rahim.

Uri dikedudukan bawah pula berada dikedudukan bawah rahim menutup ruang laluan bayi (Pintu Rahim) semasa kelahiran,Ini seterusnya akan memberi komplikasi semasa proses bersalin.Ia bukan sesuatu yang jarang ditemui di awal kehamilan kerana 20 peratus daripada uri berada dibawah pada awalnya,tetapi apabila kandungan berusia 28 minggu,kebanyakan uri sudah tertarik keatas semasa rahim semakin membesar dan cuma 5 peratus yang masih berada pada bahagian bawah rahim.Jika uri ini masih kekal berada pada kedudukan bawah rahim ini dipanggil PLACENTA PRIVIA (PP)


Jika uri anda masih dibawah rahim pada kandungan 28 minggu tidak banyak yang anda boleh lakukan untuk naikkan semula rahim ,rawatan pula bergantung kepada tahap PP tersebut samada ia menutup keseluruhan laluan bayi (pintu rahim ) atau separuh sahaja 

Tahap keseriusan dibahagikan kepada empat jenis :-

  1. Uri berada dikedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim
  2. Uri berada dibahagian rahim dan pintu rahim
  3. Uri menutup sebahagian pintu rahim
  4. Uri menutup keseluruhan pintu rahim
Jika ada antara wanita yang mengalami PP keempat risiko kelahiran pra matang dan pendarahan adalah tinggi sehinggakan jika terdapat pendarahan yang banyak akan mengakibatkan kehilangan nyawa.Namun begitu selalunya para doktor akan memantau simptom pesakit dan akan dimasukan ke wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya risiko pendarahan adalah tinggi 

Diingatkan jika anda mengalami pendarahan tidak normal dibahagian faraj segeralah berjumpa dengan doktor.




Rajah perbandingan kedudukan uri yang normal dan uri di bawah (placenta previa)

RISIKO

Ramai bertanya apa punca berlakunya PP ,namun sehingga sekarang punca dia tidak diketahui ,hanya terdapat beberapa keadaan yang meningkatkan risiko PP iaitu wanita yang mempunyai sejarah kelahiran secara pembedahan ,wanita yang menlahirkan anak kerap dan bilangan yang ramai,wanita muda dibawah usia 20 ,merokok semasa hamil dan kandungan kembar.

Wanita yang mengalami PP pada kebiasaanya mengalami kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang,songsang)Dimana kedudukan kepala bayi perlu sentiasa diatas rongga pelvis disaat tempoh matang kehamilan.

Selain masalah pendarahan yang membimbangkan faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu adalah kaedah kelahiran bayi itu sendiri.Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan anak secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim.

Pembedahan Ceasarean adalah kaedah yang disyorkan Selain itu jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan,pembedahan ceasarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan tidak cukup bulan.

Namun apa yang membimbangkan mengenai PP adalah komplikasi yang boleh timbul antara ibu dan bayi,komplikasi pada bayi adalah pendarahan yang banyak pada ibu ini boleh meningkatkan morbiditi dan kematian pada bayi dan meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan.

Komplikasi pada ibu pula adalah apabila pendarahan serius yang boleh mengancam nyawa,pembedahan ceasearan meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (Postpartum heamorrhage) dan meningkatkan risiko uri melekat pada rahim.

Keadaan uri melekat pada rahim dikenali sebagai Placenta accreta dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim jika perkara ini berlaku rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan nyawa ibu.

Bagaimanapun risiko placenta accreta dalam kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar  lima peratus,tetapi jika mempunyai sejarah pembedahan dirahim umpamanya ceasarean risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.


SELAMAT

Apabila terjadi perkara ini doktor akan mensyorkan ibu melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat iaitu pembedahan ceasarean bagaimanapun apabila kaedah itu dilakukan ia bergantung penilaian dan faktor-faktor berikut iaitu tahap keseriusan pendarahan tersebut usia bayi dalam kandungan dan juga sokongan perkhidmatan pediatrik.

Kebiasaanya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan pembedahan ceasarean secara elektif akan dilakukan pada minggu 38 usia kandungan.Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar dengan menpertimbangkan faktor-faktor diatas.


*****************************************

Berminat dengan Set Kehamilan,Set berpantang,Set Selepas berpantang shaklee?

CARA ORDER SET  SHAKLEE


Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Bukit Mertajam, Bandar Perda, Seberang Perai, Bukit Minyak,KPJ Hospital Penang .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seberang Perai,Bandar Perda, Bukit Mertajam,Bukit Mertajam.


Cik azza
Email: azl1za@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: 01132045363
01132045363



Comments

POPULAR POST

TANDA BATU MERIYAN JATUH-CIK AZZA POT PET.

Batu meriyan????apa tu?cik azza nak cerita lebih-lebih pun cik azza bukan pandai sangat pasal batu-batu nie,tapi apa yang cik azza selalu dengar benda nie ibarat nyawa untuk seorang wanita terutama wanita yang baru sahaja melahirkan anak,tak kisah lah anak keberapa sekali pun.cik azza boleh cakap macam  "tempat peranakan kita aka pintu rahim atau nama omputehnya G-spot"... entah lah..  Tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan...dan  kena ambil tahu kalau sayangkan diri kita..orang tua2 selalu cakap "kena jaga tem pat tu nanti laki lari"ambil kau dengar je laki lari alamak macam bahaya je nie...haaaaaaa cakap la kalau sayang,setia, dia sanggup terima seadanya,tapi kita kena la beringat juga sebab sayangkan dia la kita kena jaga diri kita sendiri untuk orang tersayang,untuk anak-anak. Pengalaman cik azza sendiri melahirkan anak sulung memang tak tahu apa2 pun,selepas melahirkan cik azza kena jaga nifail sebulan dekat ho

9 Tanda Rahim Anda Tidak Sihat,Anda Bagaimana?

Zaman semakin canggih seiring dengan permodenan dunia,Semuanya kelihatan mudah dan dipantang remeh begitu juga dalam isu yang sering wanita alami namun semakin tidak dipedulikan. Kaum wanita jangan sesekali memandang remeh terhadap penjagaan rahim anda,jangan hanya menitik beratkan penjagaan luaran,muka yang berkilat,kulit yang lembut namun lupa mengenai dalaman yang sejak dari nenek moyang kita dititik beratkan. Hari ini cik azza hendak berkongsi Tanda-tanda Rahim Tidak Sihat dan ini juga perkongsian daripada salah seorang pengusaha jamu dan semoga info ini dapat kita kongsi bersama-sama dengan wanita-wanita diluar sana. 9 Tanda-tanda Rahim Tidak Sihat. Sakit Tumit Kaki  ➠➠Tumit kaki terasa berdenyut-denyut dan menyucuk secara tiba-tiba,dan keadaan ini akan lebih teruk ketika berjalan,berdiri atau angkat benda berat dan terasa beban dibahagian perut. Sakit Telapak Kaki  ➠➠Rasa sengal-sengal dan bisa ditelapak kaki .Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki Saki

RESDUNG HILANG,ATHMA SUAMI BERKURANG BAGAIMANA WANITA INI ATASI SEMUA INI.

Alaaa...asma je tu, bukan teruk pun. Bagi die rehat, nanti lama-lama ok la tu." Tu kebiasaan, yang Kak Yang selalu dengar bila seseorang di serang asma. Dulu Kak Yang pun ada berpikiran begitu. Tapi sejak berkahwin dengan orang yang mengidap asma, baru lah Kak Yang sedar tentang seksanya apa yang dihidapi oleh mereka. Asma ni boleh membawa maut jugak tau..huhuhu. . Sejak berkahwin Kak Yang dah memang biasa menemani suami amik NEB di klinik atau hospital. Tapi kalau boleh memang dia taknak menjejakkan kaki ke klinik tu. Nasib la orang dewasa, kalau budak kecil dah lama Kak Yang tarik dan dukung. . Masih ingat lagi bila first time tengok suami diserang asma. Masa tu nafas dia laju, badan panas macam demam pun ada serta muka pucat. Kak Yang memang cuak giler, tak tau nak buat apa. Ajak ke klinik tak mahu, asyik minta ubat je. So bagi je la dia makan ubat salbutamol tu. Stok memang sentiasa ada dirumah. Kalau dah namanya orang lelaki, memang degil sanggup tahan sakit dari ke h

RESDUNG-JIKA TIDAK DIRAWAT BOLEH MENGAKIBATKAN RISIKO JANGKITAN OTAK

Eh mana ada cara nak hilangkan resdung? Perasan tak diri anda kerap bersin,selalu je tidak sedap badan,rasa malas tidak bermaya. Bila bab hidung sentiasa berair dan tersumbat, Mula je diri terasa hendak Demam. Bila bangun setiap pagi walaupun telah mengambil ubat-ubatan tetap tidak meredakan gejala-gejala tersebut,malah kepala sering sakit dan rasa berat pada bahagian muka. Apabila telah menbuat perjumpaan dengan doktor serta mendengar gejala serta memeriksa bahagian muka,dahi,dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus anda telah disahkan menghidap penyakit sinusitis. Anda ingin tahu lagi mengenai resdung? Teruskan membaca RESDUNG. Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini. “Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai  gejala hidung  dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. “Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh

AIR KENCING KOTOR SEMASA MENGANDUNG .RISIKONYA?

Pernah tak ibu-ibu merungut bila kena tunggu nak kencing tiap kali bila nak check up perut..Pernah kan?toilet busuk lah,tersumbat lah..tapi kita lalui je sebab fikir prosedur kan..agak-agak kenapa kita kena periksa air kencing? Pernah fikir?ke malas nak fikir? Azza percaya sangat-sangat kalau tanya ibu anak 10 pun belum tentu dia tahu bila tanya tentang "air kencing kotor" betul dak? Yang kita tahu doktor akan bagi ubat dan kita balik makan je,kadang-kadang tak makan pun siap bebel-bebel lagi ada la. Apa maksud "air kencing kotor" ada sampah ke? ada sisa makanan ke? azza pernah bersembang dengan seorang kakak nie,masa sama-sama jumpa dekat klinik dia cakap air kencing adik ok ke? Ok je azza bagi tau kenapa? terus tanya akak tu Air kencing kak kotor dia kata...Tapi azza tengok dia bukan mengandung pun. Rupanya dia tengah berpantang... aduh.. pengalaman akak terkena kencing kotor selepas berpantang.. memang menyakitkan. setiap kali

TEKNIK MENERAN YANG BETUL- WANITA HAMIL HARUS TAHU.-CIK AZZA POT PET

Hari nie azza nak kongsi macam mana teknik meneran yang betul.. kadang-kadang kita nie walaupun anak dah ramai tapi jarang ambil tahu kan..apa yang kita tahu masuk labour room nak cepat-cepat teran je kan..ye lah..sakit dok tahan contraction lagi,mana dok kena seluk lagi..dah tak fikir dah teknik-teknik nak meneran nie buang masa je kan.. rasanya semua wanita takut,bimbang kan kalau ada koyak masa nak melahirkan,tambahan koyakan pada bahagian (perineum) atau kena gunting(episiotomy)..aarrrrrr ngeri kot. masa tu mesti fikir berapa la aku kena jahit nie dan macam-macam lagi lah. "Kebiasaanya mesti dah lupa teknik nak meneran dengan betul ketika bersalin.. untuk pengetahuan mommy2 semua teknik meneran yang betul dan pemakanan yang baik dapat mengelakkan koyak kan semasa kelahiran"  Angkat kepala sehingga mencecah dada.   Mata pandang ke perut.  Tangan pegang pergelangan kaki.   Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk  m

BETUL KE SENGUGUT PUNCA SUSAH MENGANDUNG.

50% dari wanita yang mengalami haid akan mengalami senggugut atau bahasa inggerisnya dikenali sebagai menstrual cramps atau period pain. Senggugut adalah istilah untuk sakit perut yang dialami oleh wanita semasa datang haid. BAGAIMANA SENGGUGUT TERJADI? Setelah telur yang dibebaskan oleh ovari tidak disenyawakan oleh sperma, telur tersebut akan dibuang oleh rahim. Semasa proses pembuangan telur ini, rahim akan mengecut dan seterusnya salur darah di sekitar rahim akan mengecut untuk membuang telur tersebut. Proses pengecutan ini yang membuatkan sesetengah wanita berasa sangat sakit sehingga ada yang terpaksa ambil cuti kerana tak tahan dengan sakit senggugut. BAGAIMANA HILANGKAN SENGUGUT?   Senggugut  bukan lagi perkara asing dalam kalangan wanita yang sudah akil baligh.Tetapi bukan semua wanita akan mengalami keadaan seperti ini. Senggugut  bukanlah satu penyakit tetapi hanyalah satu simptom ketika wanita itu datang bulan.Senggugut biasanya terjadi pada awal at

DERITA ANAK SEMBELIT MEMBUAT AKU MENGENALI SHAKLEE.

Cik azza sendiri tidak tahu mana nak mula bercerita mengenai pengalaman cik azza sendiri,antara semua cerita pengalaman pertama adalah susah sangat cik azza lupa,bila teringat rasa nak menagis je. Kalau nak di ikutkan cik azza dah lama mendengar cerita dan nama shaklee tapi hati nie ketegaq(org kedah kata) menolak semua kebaikan shaklee. Dan hendak dijadikan cerita anak sulung cik azza waktu itu dalam 1 tahun lebih mengalami kesukaran buang air besar yang amat susah,sumpah cik azza derita tengok dia teran nak membuang,bayangkan dalam umur macam tu apa yang dia tahu selain menangis. Tiap kali nak membuang peluh satu badan,punggung luka berdarah, allah memang tak sanggup tengok dia macam tu. Kalau korang cakap bawa la pergi hospital semua hospital pergi last2 bagi ubat yang sama,ubat bontot..Kesian kot asyik nak sumbat je memang taik keluar tapi cirit birit la.Maksudnya dia tak keluar semua tapi hanya keluar bahagian hujung sahaja. "Eleh bawak la klinik swasta" si

JUS HILANGKAN JERAGAT DAN JERAWAT DENGAN MUDAH.

1. Vivix shaklee sangat tinggi dengan antioksidan. Antioksidan ini yang membantu mengawal lebihan radikal bebas dalam badan. Kena tahu ya yang jeragat sebenarnya kesan radang/inflamasi pada kulit akibat radikal bebas. Radikal bebas apabila terlalu banyak menyebabkan melanin (pigmen gelap) terhasil tidak normal. Melanin menjadi terlalu banyak hingga belakunya jeragat. Dan jeragat akan menjadi makin teruk dan menebal apabila sering terdedak kepada cahaya matahari. 2. Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix Shaklee ini juga telah diuji 95% ia dapat menghalang kerosakan sel yang menyebabkan jeragat berlaku. Ia bertindak dengan cara meneutralkan kesan sinar UV pada kulit. 3. Vivix shaklee membantu membaiki sel-sel di dalam badan termasuk sel kulit. Jeragat juga sebenarnya tanda sel-sel kulit kita mula rosak dan penanda awal penuaan kulit sudah berlaku. Vivix mengandungi campuran polifenol dan resveratrol yang 13 kali ganda lagi berkesan untuk melawan kerosak

TIPS TAMBAH BERAT BADAN SEMULAJADI

Sebelum nie asyik bercakap mengenai nak kurus je,asyik2 kurus,macam mana nak kurus?,macam mana nak dapatkan berat badan ideal.? Tapi jarang bercakap mengenai kenaikan berat badan,Apa orang dekat malaysia nie semua nak kurus je ke?hihihi, Eh2 rupanya ramai yang minta Tips macam mana nak gemuk..Sebabnya ramai yang cakap badan melayang je,angin tiup pun bergoyang.hahaha..Ok lah jom cik azza share sikit tips naikan berat badan,Tips ini pun cik azza ambil daripada Page tips kurus Gemuk. Bagaimana? 1-TETAPKAN NIAT / MATLAMAT Niat. Untuk berjaya, kita perlu tetapkan niat dalam hati agar segala tips yang dikongsikan dapat dilakukan dengan baik. 2-MAKANAN KALORI TINGGI Makan roti. Roti mengandungi kalori yang tinggi berbanding nasi. Pengambilan kalori yang banyak akan membantu mempercepatkan penambahan berat badan. 3-MAKAN IKUT WAKTU Jangan tinggal waktu makan. Dengan makan yang cukup akan dapat menastikan badan kita sentiasa mendapat kadar protein, garam galian dan kalori yang men