Skip to main content

BANJIR MEMBAWA PENYAKIT -CIK AZZA POT PET.

Tidak dinafikan sejak beberapa minggu kebelakangan ini hujan berpanjangan dan banjir telah mula melanda beberapa tempat,Banjir besar sudah melanda terutamanya negeri-negeri pantai timur dan selatan seperti TERENGGANU.KELANTAN,JOHOR.
Berita ini bukan sahaja menyedihkan penduduk dengan kehilangan harta benda ada juga turut meragut  nyawa sebagai mangsa banjir.

Berita yang disiarkan memaklumkan kerajaan tidak putus-putus menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir,Namun hakikatnya ada lagi masalah yang lebih membinasakan dan membimbangkan juga tidak boleh dipandang ringan iaitu isu kesihatan.



Banjir merupakan punca utama berlakunya penyakit bawaan air seperti cirit-birit (gastroenteritis akut,kolera,tifoid,hepatitis A,disentri dan keracunan makanan akibat bekalan air dan penyediaan makanan yang tercemar.Air banjir bercampur dengan sampah sarap serta najis menyebabkan ia tercemar dengan pelbagai jenis bakteria.

 Pegawai Perubatan Am, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr. Noor Baizura Jamali, penjagaan kesihatan dan sumber makanan dan minuman yang bersih amat penting pada ketika ini memandangkan penularan penyakit bawaan air mampu membawa maut.
“Cirit-birit yang merupakan antara simptom utama kebanyakan penyakit bawaan air boleh mengundang maut apabila ia berlaku secara berterusan dan menyebabkan badan pesakit kehilangan air yang banyak.

“Keadaan ini boleh berlaku dengan pantas akibat kehilangan air yang banyak, menyebabkan kurangnya bekalan darah ke buah pinggang dan akhirnya menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

masyarakat dinasihatkan sentiasa berwaspada,untuk menghindari penyakit cirit birit,caranya adlah dengan mencuci tangan mengunakan sabun setiap kali makan dan minum serta selepas pencernaan,mereka juga dinasihat memasak air terlebih dahulu sebelum minum.


Antara penyakit yang mungkin tersebar akibat daripada banjir adalah:-
  • Demam kepialu
Demam kepialu disebabkan oleh kuman Salmonella Typhi yang terdapat di dalam air kencing dan najis pesakit kepialu dan pembawanya yang akan mencemarkan bekalan air atau makanan. Pembawa merujuk kepada seseorang yang mempunyai kuman-kuman kepialu di dalam badannya tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda demam kepialu. Pesakit akan mengalami sakit kepala yang amat sangat, perut meragam dan sakit, sembelit diikuti cirit-birit, demam tinggi dan berterusan selama tiga atau empat minggu, badan ditumbuhi ruam, mengantuk, dan mungkin tidak sedarkan diri. Mereka boleh mengalami pendarahan dan bahagian yang dijangkiti di dalam ususnya boleh pecah. Jika tidak dirawat, jangkitan kepialu juga boleh merebak ke jantung dan membawa maut. 
  • Taun (kolera)

Suatu jangkitan  pada usus kecil oleh bakteria Vibrio cholerae yang menyebabkan muntah dan diarea (cirit-birit) yang teruk (yang dikenali sebagai najis air beras) dan menimbulkan dehidrasi (kekurangan air dalam badan).Penyakit ini juga berpunca daripada makanan atau air minuman tercemar dan biasanya berlaku sebagai wabak. Pesakit dirawat melalui infusi larutan garam secara intravena manakala antibiotik hanya untuk mempercepatkan pemulihan.

  • Leptrospirosis


Sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dari genus Leptospira yang ditularkan daripada air kencing tikus. Penyakit ini bermula dengan demam dan mungkin melibatkan hati yang menyebabkan demam kuning  ataupun  radang selaput otak . Dalam beberapa kes, ia turut melibatkan buah pinggang.

  • Gastroenteritis

 Inflamasi atau radang perut dan usus yang lazimnya berpunca daripada jangkitan virus atau bakteria atau toksin-toksin keracunan makanan yang menyebabkan muntah, sakit perut, cirit-birit dan demam.Ia berlaku dari beberapa jam dan boleh berlarutan sehingga beberapa hari lamanya. Biasanya doktor akan memberikan rawatan antibiotik.Mangsa terpaksa ditahan di hospital jika ia bertambah serius. Gastroenteritis boleh menyebabkan kehilangan cecair adalah yang teruk  terutamanya kepada bayi-bayi dan penggantian cecair secara intravena mungkin diperlukan. 

LANGKAH KESIHATAN DAN KESELAMATAN
  • Sentiasa minum air yang telah dimasak terlebih dahulu
  • Kurangkan aktiviti ketika musim banjir
  • Pakai alat pelindung seperti boot,dan sarung tangan getah terutama ketika mengalami luka luka kecil.
  • Buka semua tingkap ketika melakukan proses pembersihan agak udara baik.
  • Kuatkan tahap imunisasi badan dengan Nutriferon.
  • Pastikan punca utama elektrik dimatikan bagi mengelakkan renjatan terutama jika air masih ada

MENGELAK PENYAKIT BERJANGKIT KETIKA BANJIR
DENGAN SUPPLIMENT.


Sakit atau sihat semua itu kuasa allah yang tentukan adalah cuma kita yang kena usaha,membuat persediaan dalam menghadapi situasi begini.Sebagai persediaan 
seperti Nutriferon,Vitamin C,Omega dan Mealshake,
selalunya bila hujan kerap demam kan so guna lah Nutriferon untuk kuatkan antibodi
Bila nampak anak anak kurang bertenaga atau hendak selsema elok lah bagi OMEGA GUARD.

Untuk kita mak2 dengan ayah2 nie elok la ambil VITAMIN C setiap hari ,
lagipun kebanyakkan Vitamin shaklee tahan 2-3 bulan tau,memang jimat sangat dan siap boleh kongsi seluruh keluarga








Semua pembelian akan terus dihantar kehadapan rumah anda
Cas penghantaran akan dikenakan melalui postage
rm10sm/rm20ss

Ingin berbual atau berwhatsapp dengan cik azza sila la save no nie
01132045363 :-)

Comments

POPULAR POST

TANDA BATU MERIYAN JATUH-CIK AZZA POT PET.

Batu meriyan????apa tu?cik azza nak cerita lebih-lebih pun cik azza bukan pandai sangat pasal batu-batu nie,tapi apa yang cik azza selalu dengar benda nie ibarat nyawa untuk seorang wanita terutama wanita yang baru sahaja melahirkan anak,tak kisah lah anak keberapa sekali pun.cik azza boleh cakap macam  "tempat peranakan kita aka pintu rahim atau nama omputehnya G-spot"... entah lah..  Tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan...dan  kena ambil tahu kalau sayangkan diri kita..orang tua2 selalu cakap "kena jaga tem pat tu nanti laki lari"ambil kau dengar je laki lari alamak macam bahaya je nie...haaaaaaa cakap la kalau sayang,setia, dia sanggup terima seadanya,tapi kita kena la beringat juga sebab sayangkan dia la kita kena jaga diri kita sendiri untuk orang tersayang,untuk anak-anak. Pengalaman cik azza sendiri melahirkan anak sulung memang tak tahu apa2 pun,selepas melahirkan cik azza kena jaga nifail sebulan dekat ho

Atasi Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD) Sebelum Maut.

Beberapa minggu ini kita digemparkan dengan berita penutupan beberapa buah taska dan juga tadika dimalaysia akibat jangkitan HFMD ataupun Penyakit Tangan,Kaki dan juga mulut.Tidak ada dalam kalangan ibu bapa yang sanggup melihat anak masing-masing sakit kan?Hati hanya allah je tahu bagaimana perasaan kita bila anak merengek sentiasa kerana kurang sihat terutamanya hati seorang ibu. Penyakit tangan, kaki dan mulut juga dikenali sebagai Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) adalah penyakit yang sering berjangkit dalam kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan virus daripada kumpulan enterovirus. Ia merebak melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan objek atau alatan permainan yang tercemar dengan virus ini. Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa saja terutama kanak-kanak bawah umur lima tahun. Jangkitan ini biasanya disebabkan amalan kebersihan diri kurang ba

CARA MUDAH CEPATKAN BUKAAN DAN SUPAYA MUDAH BERSALIN.

Bila bercakap mengenai bukaan ketika hendak bersalin memang ngilu je rasanya,walaupun anak dah 5 orang pun tetap terasa bagaimana seksa menunggu bukaan. Namun pengalaman cik azza melahirkan anak pertama dan kedua adalah sangat berbeza,anak sulung hampir 12 jam cik azza tahan sakit namun bukaan masih tetap 4cm.Mungkin juga kerana anak sulung kan,masa itu memang ilmu tidak cukup baca pun apa-apa yang penting je,Tak pandai tahu langsung bukaan-bukaan bagai. Tetapi ketika melahirkan anak kedua cahaya zuyyin Qalesya semuanya dipermudahkan oleh nya,tak perlu admit wad,masuk Labour Room selepas 15 minit terus keluar seketoi..hihihihi.. Alhamdulilah rupanya ada cara untuk cepatkan bukaan kan,Jom cik azza share sedikit info yang cik azza ambil dari rakanmedia.com. Bila anda sudah mula rasa sakit hendak bersalin, doktor akan periksa berapa CM bukaan anda. Selagi tak cecah 6 CM, anda tidak akan dibawa masuk ke  labor room . Sesetengah orang sekejap saja sakit sudah bersalin. Ada or

SKILL SEKS UNTUK CEPAT DAN MUDAH HAMIL - CIK AZZA POT PET

Assalamualaikum.. Hari ini cik azza nak berkongsi pengalaman untuk mudah hamil (Insyallah jika di izinkan) ,Bukan mudah untuk kita sebagai wanita hamil dengan cepat dan kadang-kadang akan boleh mengakibatkan kita stress bila asyik diaju soalan yang sama je setiap masa..Betol dak?? Bila balik kampung je orang yang menyibuk mula bertanya "hai tak mengandung lagi ke" Merancang jangan lama-lama sangat" Semua ini akan menyebabkan kita mengalami tekanan perasaan. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perl u dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat. TIPS UNTUK MUDAH HAMIL (INSYALLAH JIKA DIIZINKAN ALLAH) 1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:- Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetah

JANGAN KERANA POPULARITI SESUATU PRODUK ANDA MUDAH TERPEDAYA KEBERKESANANYA -CIK AZZA POT PET.

BERHATI-HATI!!!! BERWASPADA!!!! PRIHATIN!!! ! Dengan lambakan pelbagai produk kesihatan di pasaran sekarang ni, apa yang kita boleh buat ialah sentiasa beringat dan jangan mudah terpengaruh dengan iklan dan testimoni berkaitan produk terbabit. Pastikan kita siasat dahulu : Syarikat pengilang dan syarikat pengeluar Bahan kandungan yang digunakan Status produk samaada betul-betul berdaftar  Jika produk kosmetik atau produk tradisional pastikan berdaftar dengan BPFK Pastikan no. Notifikasi produk betul2 wujud Pastikan betul-betul mendapat pengiktirafan dari badan tertentu seperti SIRIM dan sebagainya Kehalalan sesuatu produk atau bahan yang digunakan Sedikit ringkasan dari keratan akbar hmetro dengan tajuk Cantik Beracun (  Artikel hmetro : Cantik Beracun  ) : Pada 4 Mac 2014, Cawangan Penguatkuasa Farmasi telah menjalankan serbuan secara serentak di 17 premis yang disyaki memiliki dan menjual  produk kesihatan yang dicemari

TIPS POTONG KUKU BAYI - CIK AZZA POT PET

Malam nie cahaya tidur awal cikit boleh la cik azza godek2 blog yang baru nak merangkak nie..hihihi saja la nak habaq ada blog..hahahaha.. Dah lebih 5 tahun baru cik azza dapat cahaya mata ke dua "Cahaya Zuyyin Qalesya",kadang-kadang ada yang terlupa cara nak kendali anak kecik nie..Hubby cik azza lagi la masa dapat anak sulung dia berani pulak jaga anak,tiba-tiba dapat nombor 2 dia cakap tak berani pegang sebab baby besar..hahaha terbalik pulak orang takut pegang kalau baby kecik dia takut bila baby besaq... Benda paling cik azza risau sekali adalah bila nak potong kuku cahaya,mesti ada ibu-ibu risau kan..tambah2 bila baby sulung ,ye la bimbang pula jika tersalah potong dan melukakan jari dan kulit yang halus dan comel tu kan. Walaupun cahaya tak ada la banyak songeh bila cik azza potong kuku tapi cik azza tetap takut bila nak potong,slow2 je tau bila buat..hihihi Sebenarnya kuku bayi barulahir memang akan cepat panjang,sebab itu perlu baby s

KOLEKSI DOA UNTUK ANAK-ANAK- CIK AZZA POT PET.

Lari dari tajuk malam nie cik azza terdetik nak berkongsi koleksi doa yang selalu cik azza amalkan dan ajar Nifail Rizqin..Bila ibu atau ayah dah bermula setiap hari insyallah anak- anak akan ikut.. Apa yang cik azza perasan bila mengajar nifail walaupun masih dalam speech therapy..Tiap kali adik dia bersin dah boleh cakap "ALHAMDULILAH",kadang2 kita pun terlupa..hihihi Naik MOTOSIKAL BISMILAHIROHMANIROHIM,Untuk permulaan apa salahnya kan..Jom tengok koleksi cik azza dan sila la simpan kan. Bukan hanya untuk anak-anak tetapi ibu bapa juga boleh amalkan kerana terdapat juga doa untuk ibu bapa. Koleksi lagu hindustan,dangdut,balada semua boleh save tak kan untuk anak2 tak boleh kan.. SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR CIK AZZA FB :Sutera azyra Hubungi : 01132045363 Email :azl1za@yahoo.com Cik azza buat pos ke seluruh malaysia serta shakl

PENYAKIT ANJING GILA ATAU RABIES JANGAN PANDANG MUDAH.

Sekarang dalam berita sering menperkatakan tentang RABIES.Apa itu Rabies? Pada mulanya jarang mengambil tahu semua benda nie sebabnya macam tiada kaitan je kan..Namun bila semalam sudah ada 4 kes kematian terasa nak tahu apa semua ini. Sebabnya kita nie kadang-kadang benda tak jadi bukan nak ambil tahu sangat kan,tapi tak salah pun tambah pengetahuan sikit. HARIAN METRO Apa itu Rabies? Bagaimana Rabies atau penyakit anjing gila ini menjangkiti Manusia? Tanda-tanda Rabies pada anjing

KULIT CANTIK SUSU MERIAH - CIK AZZA POT PET.

SUSU ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi kerana mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan bagi tumbesaran dan perkembangan otak bayi, mudah hadam dan sentiasa tersedia pada suhu yang tetap. Di samping itu, bayi yang menyusu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga enam bulan yang pertama, mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat berbanding bayi yang tidak diberi susu ibu. Susu ibu lebih selamat dan mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi yang sihat termasuk 160 asid lemak yang tidak didapati dalam susu formula. Susu ibu juga amat penting sebagai imunisasi pertama bayi. Secara keseluruhan, nutrisi-nutrisi penting ini yang diberikan ketika bayi masih kecil membantu memberikan kesan jangka masa panjang terhadap perkembangan dan masa hadapan kanak-kanak. "Dengan gaya hidup masa kini yang sentiasa sibuk, ramai ibu bekerja menghadapi masalah untuk menyusukan bayi mereka. © Utusan Melayu (M) Bhd  [BERJAYA MENYUSUKAN BAYI DENGAN SET MENYUSU DAN

VITAMIN UNTUK ANAK_SELERA TERBAIK

Bercakap pasal anak-anak.. .. .PERLU KE SUPPLIMENT UNTUK MEREKA??? Ada jawapan tak untuk semua ini, Persoalan nya mampu ke kita sebagai ibu-ibu tengok je anak membesar tanpa menikmati makanan yang mereka sukai..Bersyukurlah jika anak anda bukan seorang yang memilih makan dan belasah je apa yang kita makan dia boleh makan,kita tidak perlulah memberi supliment tambahan untuk mereka lagi nanti terlebih muatan pulak kan...hehehe susah pulak nak cari suppliment untuk turunkan berat badan.Namun jika sebaliknya anda boleh memberinya makanan tambahan sebagai usaha membekalkan zat-zat penting untuk tumbesaran mereka dan kesihatan mereka.. Jom azza cerita kenapa azza beriya-iya cadangkan suppliment untuk anak-anak "Mohammad Nifail Rizqin anak azza sendiri cukup susah nak makan,apa yang dia tau hanya minat  dengan susu dia je,sehari dalam 8 botol,dalam 4 hingga 5 hari dah habis 1kg,ffuuhhhh penat kot..huhuhu Suatu hari tah macam mana azza ternampak banner SHAKLEE dari satu rumah dar