Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

MUDAHNYA MINUM AIR SEHARIAN-CIK AZZA POT PET

Wahhh minggu nie ramai pulak customer nak set kurus badan,alhamdulilah syukur sangat2 sebab dah dekat nak sekolah nie boleh la ummi tolong ayah sikit2 kan.. Bercakap pasal kurus kan badan nie benda paling susah apa dia???Tapi benda nie paling la digalak kan ataupun wajib la orang kata...MINUM AYAQ 3 LITER orang kedah cakap.. Percaya tak tiap kali azza follow up customer mesti diorg akan cakap "kak tak boleh la minum air banyak2" "kak asyik nak buang air je penat la cmni" Nak tulis panjang-panjang pun anak dok panggil dah tu jom azza kongsi cara minum air nak tak,mana tau boleh la juga korang buat rujukan sebab azza sendiri amalkan cara nie tau.. oopppsss satu lagi kalau nak kurus ke nak gemuk ke,ambil suppliment atau tidak korang kena minum air banyak tau sebabnya:- Air adalah satu elemen yang sangat penting didalam tubuh kita, ini kerana kandungan air dalam badan manusia 60% - 70% dari berat badan. Kandungan air dalam lemak, hanya 10%,

ALFAFA VS JAUNDIS-CIK AZZA POT PET

23/12/2016 genap umur anak azza sebulan,sekejap je masa berlalu kan,,,selama itu juga azza dengan suami sentiasa dalam keadaan bimbang dengan anak azza yang kedua CAHAYA ZUYYIN QALESYA..Setiap anak yang baru lahir tak akan lari daripada jaundis kan..apa itu jaundis azza terang sikit je ok.. APA ITU JUANDICE Jaundice adalah Peningkatan kadar bilirubin total pada minggu pertama kelahiran. Biasanya menyebabkan kulit bayi, mata dan mulut berwarna kuning. Warna kuning ini disebabkan oleh  bilirubin . Apa Itu Bilirubin? Bilirubin  dibuat ketika tubuh melepaskan sel-sel darah merah yang sudah tua. Ini merupakan proses normal yang terjadi seumur hidup kita. Setelah itu  bilirubin  menuju ke usus dan ginjal lalu keseluruh tubuh. Jika terlalu banyak bilirubin yang dilepaskan ke seluruh tubuh bayi maka itu menyebabkan warna kuning yang disebut Jaundice. Jaundice umum terjadi pada bayi dan biasanya bukan merupakan hal yang berbahaya. Kenapa Bayi terkena penyakit Ja

"BARANG NAK PAKAI LAMA"_WANITA KENA JAGA LEBIH.-CIK AZZA POT PET

Kerapnya wanita ambil mudah bila tiba bab penjagaan dalaman mereka lebih menjaga bahagian luaran sebab semua orang boleh tengok bahagian luaran kan. Nak jaga bahagian luaran memang mudah tetapi kalau bab dalaman jangan la ambil mudah pulak..cuba komen mommy2 rasa macam mana sekarang..sebenarnya kita sendiri tak boleh jangka kalau sakit dalaman..Tambah2 untuk cik hubby tersayang kan..Jom cik azza kongsi petua untuk mommy amalkan..(kalau rajin) AIR ASAM JAWA Bahan: kunyit Hidup(Bukan serbuk) Asam Jawa Manjakani(Optional kalau tak mau letak pun tak apa) Gula Perang /madu/gula batu (ikut citarasa masing2) KEBAIKAN 1-Kunyit Mencuci darah dan kotoran dalaman,mengecutkan rahim(elok untuk kurangkan buncit),Dapat mengecutkan semua ketumbuhan dalaman (boleh cegah kanser)pulihkan luka-luka dalaman,naikkan seri muka ,buang angin ,elakkan tombong /rahim terkeluar/rahim jatuh 2-ASAM JAWA Untuk buang lemak,bagi kesegaran tubuh badan,membantu buang air besar

Pengedar shaklee Malaysia(Pulau Pinang) Pengedar shaklee Online-CIK AZZA POT PET

Tiba-tiba terdetik nak perkenalkan diri walaupun dah ramai yang kenal(perasan la sat)hehehe. azza merupakan pengedar shaklee yang sah area Pulau pinang dan paling dekat adalah kawasan bandar perda,Seberang Perai,KPJ hospital,Bukit Minyak.. Kalau ada sahabat2 yang mencari suppliment shaklee dah perlukan konsultasi percuma boleh je whatsapp azza ye..insyallah azza akan membantu selagi terdapat,kalau azza tak dapat membantu insyallah azza kan mencari ikhtiar bersama2 dengan group rahsia azza ye.. azza dapat tahu ramai yang turut mencari maklumat berkenaan Stokis Shaklee kerana tiada Cawangan Shaklee yang ada di area mereka. Sebab itu azza nak share yang Shaklee Malaysia tidak mempunyai sistem Stokis. Kami hanya ada Cawangan Shaklee dan Pengedar Shaklee je.Produk Shaklee diedarkan melalui Shaklee Independent Distributor ini.   Sekiranya di area anda tidak terdapat Pengedar Shaklee, jangan risau sebab kami boleh buat Poslaju secara percuma :) Tapi kena la ingat ye,az

PERLU KE KAEDAH PEMANDULAN..-CIK AZZA POT PET

Alhamdulilah cik azza dah selamat melahirkan anak yang kedua,amin cik azza dah dapat sepasang dah tau..seronok jangan cakap la memang best ler.. tapi kali nie cik azza tak mau cerita lagi pengalaman cik azza bersalin tapi nak cerita benda lain dulu..hehehe tak tau la kenapa cik azza nak cerita pasal mandul,,agak2 menarik dak??? menarik ke tak ke nak cerita jugak sebab cik azza selalu dengar dan terbaca ramai wanita nak buat kaedah pemandulan atas dasar dan persetujuan bersama.. Kaedah pemandulan kali nie cik azza nak ambil contoh macam PEMBEDAHAN PEMANDULAN (tubal ligation). APA ITU TUBAL LIGATION??? Proses menyekat tiup folopio atau "tiup diikat "..Harus di ingat ini adalah kaedah pemandulan kekal dimana telur tidak boleh bergerak dari ovari ke rahim melalui tiup follopio dan sperma tidak boleh sampai ke telur dalam  tiup follopio selepas ia dilepaskan oleh ovary dan disitu persenyawaan tidak akan berlaku. BAGAIMANA PEMBEDAHAN DILAKUKAN.

TEKNIK MENERAN YANG BETUL- WANITA HAMIL HARUS TAHU.-CIK AZZA POT PET

Hari nie azza nak kongsi macam mana teknik meneran yang betul.. kadang-kadang kita nie walaupun anak dah ramai tapi jarang ambil tahu kan..apa yang kita tahu masuk labour room nak cepat-cepat teran je kan..ye lah..sakit dok tahan contraction lagi,mana dok kena seluk lagi..dah tak fikir dah teknik-teknik nak meneran nie buang masa je kan.. rasanya semua wanita takut,bimbang kan kalau ada koyak masa nak melahirkan,tambahan koyakan pada bahagian (perineum) atau kena gunting(episiotomy)..aarrrrrr ngeri kot. masa tu mesti fikir berapa la aku kena jahit nie dan macam-macam lagi lah. "Kebiasaanya mesti dah lupa teknik nak meneran dengan betul ketika bersalin.. untuk pengetahuan mommy2 semua teknik meneran yang betul dan pemakanan yang baik dapat mengelakkan koyak kan semasa kelahiran"  Angkat kepala sehingga mencecah dada.   Mata pandang ke perut.  Tangan pegang pergelangan kaki.   Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk  m

MANA DATANGNYA KEKUATAN IBU HAMIL..-CIK AZZA POT PET

J umpa azza lagi ye..saja ja rindu nak bersembang dengan sahabat2 semua..Maklum la company dah start bagi cuti 2 minggu untuk azza..KENAPA nak tunggu baby lahir la...hehehe alhamdulilah azza dah 38 minggu dah..rasa berdebar pulak..ye la nifail pun dah 4 tahun 6 bulan dah,tahun depan nak sekolah dah..sekejap je rasanya.  Ramai mengeluh alahai penatnya bila mengandung nak buat kerja apa pun asyik penat je..tambah dengan alahan lagi penat jangan cakap la... Ada juga yang cakap anak pertama biasa lah, Masalahnya anak 2,3,4,5,6,7 pun sama je..hahahaha..bila suami balik tengok alahai serabut,serabai je..Aduh kesian cik hubby kan.. azza bukan apa saja je sebab azza sendiri tengah hamil anak ke dua,Berusahalah untuk yang terbaik jangan layan je..Kuatkan semangat,kuatkan fizikal dan mental..sekurang kurangnya bangun,berjalan serta buat la kerja-kerja yang ringan...jangan asyik tidur je nanti badan jadi sembap je..Tapi kalau dah memang tak mampu ada apa perlu kita buat kan